Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

GAYA TIDUR DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN


Tahukah anda bahawa gaya tidur berkait rapat dengan masalah kesihatan sekali gus mengurangkan risiko kecederaan? Berikut ditunjukkan lima posisi tidur dan kesannya terhadap anggota badan.


TERLENTANG DENGAN KEDUA - DUA TANGAN DI SISI
Gaya tidur begini dianggap paling baik untuk tulang belakang dan leher selagi anda tidak menggunakan banyak bantal.

TERLENTANG DENGAN KEDUA- DUA TANGAN DI ATAS
Tidur begini juga dikenali sebagai gaya starfish dan bagus untuk sokongan belakang badan. Sama ada tangan memegang bantal atau tidak, tidur gaya ini membantu mencegah kedutan dan kegatalan pada kulit.


MENIARAP
Tidur gaya ini membantu membaiki penghadaman jika anda boleh mengawal pernafasan secara mengiringkan sedikit leher sama ada ke kanan atau kiri. Bagaimanapun itu akan menyebabkan leher menegang dan boleh menimbulkan sakit belakang kerana tidak mampu menyokong tulang belakang dengan baik.



SEPERTI KEDUDUKAN JANIN
Dengan anggota badan bergulung seperti janin, iaitu lutut naik ke atas dan dagu tunduk ke bawah sudah pasti akan membuatkan anda berasa selesa, tetapi posisi tidur begini dianggap kurang elok kerana boleh membahayakan bahagian leher dan belakang. Jika berterusan tidur begini boleh menyekat pernafasan.


MENGIRING DENGAN KEDUA - DUA TANGAN DI SISI
Gaya tidur ini jarang sangat berlaku. Tulang belakang akan mendapat sokongan lengkung semula jadi jika anda tidur begini dan dengan itu boleh mengurangkan kesakitan pada leher, selain membantu mengatasi masalah berdengkur yang serius atau apnea tidur. Dalam pada itu ada juga keburukan cara tidur begini, iaitu menyumbangkan kepada penuaan kulit, kedutan muka dan payu dara mengendur.

Sumber : Majalah Anjung Seri

Wednesday, 28 May 2014

SEKIRANYA TERJATUH KE LAUTAN, APAKAH TEKNIK RENANG YANG TERBAIK?


Jika kapal yang dinaiki hendak tenggelam, langkah untuk meneruskan kelangsungan hidup adalah dengan menaiki bot penyelamat. Sekiranya tiada bot penyelamat dan terjatuh ke dalam laut, gaya berenang manakah yang paling efektif?


Gaya anjing mengayuh
Gunakan tangan untuk berenang. Jika anda memakai jaket keselamatan, gaya renang jenis ini adalah yang terbaik. Walaupun agak perlahan, tetapi ia menjimatkan tenaga.

Gaya kuak dada


Jika terdapat minyak, sampah atau lautan bergelora, renang gaya kuak dada adalah yang paling sesuai. Ia bukan sahaja boleh melaraskan tenaga dan kelajuan secara bersahaja, malah sesuai digunakan untuk renangan jarak jauh.

Gaya kuak lentang

Jika terdapat gegaran letupan atau periuk api pada aras laut, berenang dengan gaya kuak lentang adalah yang paling sesuai. Kedua - dua belah lengan boleh direhatkan secara bergilir - gilir. Sekiranya terdapat mangsa lain yang memerlukan pertolongan, gaya ini juga boleh digunakan.

Gaya sisi
 Gaya terbaik untuk menyelamatkan orang lain. Ini kerana perenang boleh berenang dengan satu tangan, sebelah tangan lagi memegang mangsa.

Sumber: Komik Ikhtiar Hidup di Lautan Bergelora

JUS ALPUKAT

Bahan - bahan:
1 biji avocado, dikupas kulitnya
1 gelas susu segar
2 sudu besar sirap gula

Cara- caranya:
1. Kisar semua bahan di atas.
2. Buat sedikit dekorasi kaca dengan sirap coklat.
3. Tuang jus alpukat berkrim ke dalam gelas dan sedia dihidangkan

Sumber: Majalah Nur

KENTUT

Pelepasan gas dalam badan 

      Ketika makan, udara turut masuk ke dalam badan dan terus ke bahagian pencernaan seperti makanan. Tetapi udara ini akan terkumpul di bahagian usus dahulu, kemudian barulah dibebaskan melalui dubur. Proses ini tidak dapat dikawal atau berlaku secara tidak diingini. Dianggarkan seseorang akan kentut 14 hingga 25 kali sehari bersamaan 200 mililiter gas dibebaskan.

Mengapakah kentut berbau?

      Sebenarnya kentut mengandungi 20 hingga 90 peratus gas nitrogen, 10 hingga 30 peratus karbon dioksida, 0 hingga 50 peratus gas hidrogen dan metana serta 0 hingga 10 peratus oksigen. Mengapakah kentut berbau busuk? Ini disebabkan dalam usus kita terdapat sejumlah kuman. Fungsi kuman adalah menguraikan makanan yang tidak tercerna dalam usus kecil. Pada masa ini, kuman menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida lalu menjadi metana. Di samping itu, ia juga menyebabkan protein yang diuraikan menjadi sulfida. Oleh sebab itu, sekiranya terlalu banyak pengambilan makanan berprotein, kentut yang dibebaskan menjadi lebih busuk.

Adakah kita akan menjadi lebih sihat jika selalu kentut?

      Jawapannya tidak. Walaupun dapat membebaskan gas dari badan tetapi kekerapan kentut juga bermakna diet kita tidak seimbang dan sistem penghadaman tidak elok.

Sumber: Komik Ikhtiar Hidup Di Hutan Belantara

Thursday, 31 October 2013

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

Waktu tidur merupakan waktu untuk badan kita berehat setelah penat menjalankan aktiviti harian. Namun begitu, tidur sebenarnya bukan sahaja berfungsi untuk merehatkan badan tetapi juga merupakan proses pemulihan dan perbaharuan sel tubuh. Kurang tidur boleh mengganggu daya ingatan dan juga menyumbang kepada gangguan jiwa yang kronik.

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah beruang koala (22 jam), kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam), manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam).
  • Apabila dolfin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ia mimpi 'indah' atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel - sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon - hormon tertentu.
  • Selalunya 70% daripada mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan, manakala bagi seorang perempuan 50 - 50 tentang lelaki - perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat, tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, degup jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar.
  • Banyak orang yang menderita insomnia sebenarnya adalah pengaruh daripada rasa bimbang dan depresi atau kemurungan. Rata - rata, penderitaan insomnia yang paling ramai adalah wanita dan orang tua.
  • Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

Sumber: Majalah Kuntum

REKOD DUNIA YANG BELUM DIBUAT

Korang nak cuba buat rekod dunia? Cuba korang buat benda yang dah disenaraikan kat bawah ni. Kalau boleh buat maka nama korang akan tersenarai dalam buku rekod dunia. Confirm takde siapa berani lawan.


  • Minum air laut sebagai minuman ruji.
  • Kira bintang di langit guna sempoa.
  • Belajar bahasa lembu dengan harapan dapat membela masa depan lembu.
  • Balik kampung dan melawat sanak saudara naik burung merpati.
  • Mengkomersialkan tanaman rumput dan lalang sebagai tanaman botanik.
  • Lumba berenang dengan ikan lumba - lumba.
  • Lawan menyelam dengan kapal selam.
  • Pakai ular sawa batik bagi menggantikan penggunaan kain batik.
  • Buat bungge jumping.... tapi tali ikat dekat leher.
  • Belanja member makan seumur hidup tanpa mengharap balasan.


Sumber: Majalah Ujang

Wednesday, 30 October 2013

MANUSIA HANYA SUKA MENCERCA

Suatu hari, Nasruddin pergi bersama anaknya keluar kota. Dalam perjalanan itu, si anak menunggang keldai sementara Nasruddin berjalan kaki sambil memegang tali keldainya yang ditunggangi anaknya. Tiba - tiba seseorang menegur.

"Dunia memang sudah akhir zaman. Bagaimana mungkin seorang anak dengan enaknya menaiki keldai sementara ayahnya dibiarkan sahaja berjalan kaki. Sungguh biadab anak tersebut dan tidak tahu diri."

Mendengar kata - kata itu, si anak pun berkata kepada Nasruddin.

"Ayah, bukankah sudah saya katakan tadi, naiklah keldai ini. Biar saya saja yang berjalan kaki."

Nasruddin pun bersetuju untuk menurut kemahuan anaknya itu dan juga menurut kata orang yang menegurnya.

Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang kali ini mencela Nasruddin pula.

"Teruk sungguh orang tua ini, membiarkan anaknya berjalan kaki sementara dia dengan enaknya duduk di atas keldai. Orang tua ini sesungguhnya tidak punya rasa belas kasihan pada anaknya."

Mendengar cakap - cakap tersebut, Nasruddin akhirnya mengajak anaknya menaiki keldai itu berdua untuk menutup mulut orang dari mengata mereka lagi.

Setelah keduanya menaiki keldai tersebut, mereka bertemu pula dengan kelompok orang yang sedang duduk - duduk di pinggir jalan. Salah seorang dari orang di situ pun berkata.

"Hai teman - teman, cuba kalian lihat betapa kejamnya mereka, menunggangi keldai  yang lemah itu berdua."

Kerana tidak tahan mendengar ucapan yang seperti kutukan itu, Nasruddin dan anaknya pun turun dari keldai. Keldai itu kemudiannya dipimpin sementara mereka berdua berjalan kaki. Tidak lama selepas itu, mereka berpapasan dengan sekumpulan orang di jalanan. Orang yang berada di situ pun berkata kepada Nasruddin. 

" Kalian berdua ini memang sudah gila, membiarkan keldai begita saja tanpa dinaiki sementara kalian berjalan kaki padahal cuaca siang ini sangat panas."

Dengan rasa kesal Nasruddin pun berkata pada anaknya.

"Annakku, manusia memang hanya tahu mencela. Tidak ada yang selamat dari cercaan orang lain."



Sumber : Buku He... He... Kelakarnya!

Sunday, 9 December 2012

MENGAPA KUCING SANGAT ISTIMEWA?


  1. Kucing boleh berlari pada kelajuan atas kira kira 30 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk jarak dekat.
  2. Pendengaran kucing adalah lebih baik daripada anjing dan boleh mendengar bunyi frekuensi tinggi sehingga dua oktaf lebih tinggi dari manusia.
  3. Otak kucing pula dari segi biologi lebih mirip kepada otak manusia. Malahan pada otak kucing, ada satu kawasan yang sama dalam otak manusia yang bertanggungjawab untuk emosi!
  4. Kucing boleh melompat sehingga lima kali ganda daripada ketinggiannya.
  5. Felicette nama seekor kucing dari perancis menjadi kucing angkasawan atau Astrocat pertama apabila Perancis menghantarnya ke ruang angkasa pada tahun 1963
  6. Walaupun ramai orang digigit kucing, ia tetap menjadi haiwan peliharaaan paling popular di Amerika Utara
  7. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya boleh membuat 10. 
  8. Apabila kucing gembira atau dalam keaadaan santai, selalunya ia akan memejamkan mata.
  9. Istilah 'Puss' berasal daripada gabungan perkataan dalam bahasa Romania iaitu 'Pisica', Lithuania 'puz' dan jerman (puus). Sarjana mencadangkan perkataan Puss lebih sesuai kerana bunyinya berdesir dan sesuai untuk mendapat perhatian kucing.
  10. Kucing tidur 16 jam hingga 18 jam sehari. Apabila kucing tidur, ia masih peka terhadap rangsangan yang masuk. Jika anda mencucuk atau mengusik ekor kucing yang sedang tidur, ia akan memberi tindak balas.


Sumber : Majalah Rapi

Wednesday, 15 August 2012

DOA SELEPAS SOLAT




Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
 

Friday, 3 August 2012

RESIPI CONFLAKES MADU


Recipe : Marhaini Mohmad Ashari

Bahan - Bahan :-
4 cawan cornflakes | hancurkan sedikit
1/4 cawan madu | cairkan
1/4 cawan mentega
2 sudu besar badam | cincang
1 sudu besar buah campuran
Mangkuk kertas

Cara menyediakan :-
  • Cairkan madu dan mentega di atas api sederhana kecil.
  • Masukkan cornflakes, diikuti dengan badam dan buah campuran.
  • Gaul dan rata kesemua bahan - bahan dengan rata
  • Sudukan sedikit cornflakes di atas mangkuk kertas dan susunkan di atas dulang pembakar
  • Bakar pada suhu 170C selana 15 minit hingga 20 minit
  • Dah siap ;)

Senang kan. Jom kita buat sama sama hehe. Aku selalu buat Cornflakes Madu ni dengan kakak aku, terutamanya bila raya nak dekat. memang sedap. Kadang kadang bila dah buat hari first day second day je mesti dah habis. kerja abang abang aku lah ni, kuat sangat makan kuih raya -..-