TIE-DYE : FESYEN ERA 60-AN KEMBALI MENJADI IKUTAN
Fesyen tie-dye mula menjadi tumpuan ramai sekitar tahun 1960-an, dan pada tahun 2013, fesyen ini sekali lagi menjadi ikutan para penggemar fesyen. Bersesuaian dengan warna yang ceria, fesyen tie-dye sering digayakan ketika ke pantai atau dijadikan pakaian musim panas.
Tie-dye mendapat nama melalui kaedah atau cara menghasilkannya yang melibatkan proses mengikat dan mewarna fabrik atau pakaian, yang kebanyakannya daripada kapas, dengan menggunakan warna yang terang. Kaedah yang digunakan sama seperti kaedah mewarna fabrik tradisional di seluruh dunia, tetapi tie-dye merupakan satu kaedah mewarna fabrik tradisional versi moden.
Kini, kita boleh melihat corak tie-dye bukan sahaja pada pakaian, malah banyak lagi aksesori lain seperti beg tangan, tudung, kardigan dan lain - lain.
Sumber: Majalah Kuntum
No comments:
Post a Comment