Tahukah anda bahawa gaya tidur berkait rapat dengan masalah kesihatan sekali gus mengurangkan risiko kecederaan? Berikut ditunjukkan lima posisi tidur dan kesannya terhadap anggota badan.
 |
| TERLENTANG DENGAN KEDUA - DUA TANGAN DI SISI |
Gaya tidur begini dianggap paling baik untuk tulang belakang dan leher selagi anda tidak menggunakan banyak bantal.
 |
| TERLENTANG DENGAN KEDUA- DUA TANGAN DI ATAS |
Tidur begini juga dikenali sebagai gaya starfish dan bagus untuk sokongan belakang badan. Sama ada tangan memegang bantal atau tidak, tidur gaya ini membantu mencegah kedutan dan kegatalan pada kulit.
 |
| MENIARAP |
Tidur gaya ini membantu membaiki penghadaman jika anda boleh mengawal pernafasan secara mengiringkan sedikit leher sama ada ke kanan atau kiri. Bagaimanapun itu akan menyebabkan leher menegang dan boleh menimbulkan sakit belakang kerana tidak mampu menyokong tulang belakang dengan baik.
 |
| SEPERTI KEDUDUKAN JANIN |
Dengan anggota badan bergulung seperti janin, iaitu lutut naik ke atas dan dagu tunduk ke bawah sudah pasti akan membuatkan anda berasa selesa, tetapi posisi tidur begini dianggap kurang elok kerana boleh membahayakan bahagian leher dan belakang. Jika berterusan tidur begini boleh menyekat pernafasan.
 |
| MENGIRING DENGAN KEDUA - DUA TANGAN DI SISI |
Gaya tidur ini jarang sangat berlaku. Tulang belakang akan mendapat sokongan lengkung semula jadi jika anda tidur begini dan dengan itu boleh mengurangkan kesakitan pada leher, selain membantu mengatasi masalah berdengkur yang serius atau apnea tidur. Dalam pada itu ada juga keburukan cara tidur begini, iaitu menyumbangkan kepada penuaan kulit, kedutan muka dan payu dara mengendur.
Sumber : Majalah Anjung Seri
No comments:
Post a Comment