Thursday, 31 October 2013

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

Waktu tidur merupakan waktu untuk badan kita berehat setelah penat menjalankan aktiviti harian. Namun begitu, tidur sebenarnya bukan sahaja berfungsi untuk merehatkan badan tetapi juga merupakan proses pemulihan dan perbaharuan sel tubuh. Kurang tidur boleh mengganggu daya ingatan dan juga menyumbang kepada gangguan jiwa yang kronik.

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah beruang koala (22 jam), kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam), manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam).
  • Apabila dolfin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ia mimpi 'indah' atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel - sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon - hormon tertentu.
  • Selalunya 70% daripada mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan, manakala bagi seorang perempuan 50 - 50 tentang lelaki - perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat, tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, degup jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar.
  • Banyak orang yang menderita insomnia sebenarnya adalah pengaruh daripada rasa bimbang dan depresi atau kemurungan. Rata - rata, penderitaan insomnia yang paling ramai adalah wanita dan orang tua.
  • Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

Sumber: Majalah Kuntum

No comments:

Post a Comment